Ini Resepi Durian Goreng Telur Ahmad Maslan
Sebut je nama Ahmad Maslan, memang semua tahu bahawa menteri ini memang sangat suka memasak dan tidak lokek untuk kongsikan resepi masakannya di media sosial.
Apa yang pasti, resepi yang dikongsikan oleh beliau memang unik-unik belaka. Memang buatkan ramai teringin nak mencuba.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan kongsikan resepi durian goreng telur yang memang lain dari yang lain.
Bahan-bahan untuk membuatnya mudah saja. Paling penting kena ada isi durian. Menu ini sesuai untuk dimakan bersama roti dan minum petang.
Resipi sendiri masak sendiri: Durian goreng telur – campur bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili merah yang ditumbuk guna lesung. Isi durian campur telur. Digoreng guna minyak masak kelapa sawit. Makan dengan roti. Lazat. Sesuai utk minum petang. pic.twitter.com/PWxUlFzxRs
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) March 18, 2018
Bahan-bahan untuk membuat durian goreng telur ialah bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili merah yang ditumbuk guna lesung. Isi durian campur telur. Digoreng guna minyak masak kelapa sawit.
Rata-rata netizen teruja dengan resepi yang dikongsikan oleh beliau. Ada yang mengatakan beliau merupakan inspirasi orang muda dan sangat menghiburkan.