Ini Resepi Kerepek Kulit Popia Salted Egg, Confirm Ketagih!
Kurang dua minggu sahaja lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Pasti ramai mak-mak pening kepala nak cari biskut raya untuk dijamukan kepada tetamu yang datang beraya.
Selain biskut, kerepek juga antara kudapan wajib yang akan dihidangkan kepada tetamu. Apa kata anda cuba resepi kerepek kulit popia telur masin ini yang dikongsikan oleh Oh Lisa ini.
BACA: Resepi Kacang Goreng Mudah & Sedap, Boleh Buat Ketagih!
Cara untuk membuatnya mudah sahaja. Sekali makan memang tak boleh berhenti dan boleh buatkan anda ketagih untuk makand dan makan lagi.
Bahan-bahan:
Kulit popia
Serbuk telo masin
Gula
Garam
Daun kari
Cara membuatnya:
1. Memula kite potong kulit popia ikut size yang kite nak. Gorengkan. Dah garing, toskan.
2. Untuk serbuk, kite kena sangai serbuk telo masin, gula, garam dengan daun kari. Guna api kecik je supaya tak hangus.
3. Last sekali, gaulkan kulit popia yang dah digoreng dengan serbuk yang disangai tu.
Sedia untuk dimakan. Krup krap krup krap bunyi dia. Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉
- SUMBER
- Facebook Oh Lisa