Ini Resepi Keropok Lekor Viral, Hanya Guna Mi Sedap
Selalunya kita dengar keropok lekor diperbuat daripada isi ikan. Tapi sebenarnya keropok lekor bermaksud keropok lingkar kerana bentuknya yang berlingkar-lingkar dan bukan bermaksud keropok ikan.
Ini bermakna keropok lekor tidak semestinya diperbuat daripada isi ikan. Seperti keropok lekor viral ini, siapa sangka ianya dihasilkan menggunakan Mi sedap. Ramai yang cakap pelik, tapi bila dah siap rupanya tak ada beza dengan keropok lekor yang anda selalu makan.
BACA: Jana RM18,000 Sebulan Hanya Jual Keropok
Bahn-bahan:
Me Sedap
6 sudu tepung ubi
Tepung gandum secukupnya
Sebiji telur gred A
Cara membuatnya:
1. Rebus mi sampai kembang sampai tak lalu nak makan
2. Kemudian tumbuk mi sampai lumat
3. Masukkan telur dan perencah kecuali kriuk kriuk bawang. Kalau tak nak tumbuk boleh masuk dalam mesin pengisar
4. Lepas dah sebati, tambah tepung ubi senam sudu dan uli sampai sebati. Letak tepung gandum secukupnya agar tidak melekat
5. Selepas diuli, gulung adunan menjadi bentuk silinder.
6. Didihkan air, letak sedikit garam dan rebus sehingga adunan terapung, kemudian angkat
7. Potong seperti keropok lekor biasa dan goreng sehingga garing.
8. Siap, kalau nak masing boleh tambah sedikit garam masa kisar.
Selamat mencuba! Agak-agak apa rasa keropok lekor Mi Sedap ni, sama macam keropok lekor yang anda selalu makan tak?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VITDAILY ORIGINALS: Dari Tukang Kasut Kini Jadi Lemang To’Ki
- SUMBER
- CariForum