Setiap kali bulan puasa, tepung pelita antara kuih muih yang paling dicari. Kalau lambat je ke bazar Ramadan, memang tak dapat la nak merasa sebab kuih ini sememangnya laku keras dan cepat habis.

Ramai yang sangka proses untuk membuat kuih ini remeh, tetapi sebenarnya mudah sahaja. Resepi yang dikongsikan oleh Sally Ahmad ini sangat mudah untuk dibuat.

BACA: Mufti Tegur Nama Kuih ‘Barang Dalam Kain’, Banyak Lagi Nama Lain

Lepas ni tak perlu dah beratur atau berebut-rebut untuk dapatkan kuih tepung pelita kegemaran anda. Buat saja sendiri dirumah.

1. Potong 4 kerat daun pandan

2. Bahan bahagian bawah tepung pelita

1 cawan Gula
1 cawa. Tepung beras
4 cawan air
Pewarna hijau

-Campur semua bahan dalam kuali. Masak dan kacau sampai pekat.

-Ambil gula dan kisar. Kemudian letak gula halus satu sudu teh dalam bekas.

-Tuang warna hijau hijau yang siap dimasak tadi

3. Bahan atas tepung pelita

4 cawan santan
Garam
4 sudu besar tepung beras

– Masukkan dalam kuali semua bahan dan kacau sampai pekat

– Tuang ke atas bahan hijau..nampak sedap kan. Dah siap tepung pelita buat sendiri. Tak perlu kukus.

Adunan ini boleh hasilkan 26 biji tepung pelita dalam bekas plastik kecil. Nak berniaga pun boleh. Selamat mencuba!

ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi