Sebut saja mee segera, pasti ada di antara anda yang tak suka makan begitu sahaja. Yelah, selalunya kalau tengok iklan mee segera dekat TV macam-macam bahan ada.

Siapa yang suka sangat maggie kari, boleh la cuba resepi maggie kari tumis yang dikongsikan oleh Syazlin Mansor ini. Tengok gambar pun dah terliur, apatah lagi bila dah rasa. Cara untuk membuatnya memang senang sangat!

Bahan-bahan:

Maggie 2 bungkus
1 biji Bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili padi (ikut kepedasan yang anda suka)

Cara membuatnya:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi,gaul sekali dengan rempah maggie

2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing, dulu-dulu nenek kata masukkan air dalam lesung tu, petua masak sedap katanya, masukkaan air ikut suka nak banyak kuah atau tak,tunggu sehingga mendidih

3. Akhir sekali masukkan maggie pecahkan telur kemudian tutup api

4. Kalau ada sayur sawi, hot dog boleh la masukan sekali, macam ni cik lin just guna ape yg ada je tak pi pasar lagi.

Sedap kalau pekena maggie kari tumis malam-malam. Lagi best kalau ada teh panas, memang terangkat. Selamat mencuba!