Walaupun dikritik hebat kerana dikatakan terlalu menunjuk kekayaannya dalam video muzik terbaru, Datuk Seri Vida tetap melabur untuk saham akhirat. Dia bercadang untuk membawa mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung menunaikan umrah tidak lama lagi.

BACA: Pusat Tahfiz Ittifaqiyah Dibuka Semula Bulan Depan

Keputusan Pengasas syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman itu dibuat selepas dia menyuarakan soalan kepada orang ramai apa yang patut dilakukan untuk menghilangkan kesedihan para pelajar yang terselamat itu.

Selain itu, lapan kakitangan dari pusat Tahfiz berkenaan turut berpeluang menunaikan umrah bersama. Baik betul hati pengasas produk kecantikan ini yang bukan sahaja peramah tetapi bermurah hati menolong mereka yang dalam kesusahan.

Sumber dari utusan.com.my

Menurutnya, dia mahu mengambil mereka yang terselamat sebagai anak angkat dan bawa mereka semua tinggal bersamanya di Perak selama sebulan bagi merawat kesedihan yang dialami.

Dengan cara ini, dapat juga mangsa-mangsa tersebut kembali ceria dan bersemangat memandangkan Datuk Seri Vida seorang yang happy-go-lucky dan sentiasa positif dalam kehidupannya menolong memberikan semangat kepada mereka semua.

“Hanya mereka yang pernah terbabit dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu,” katanya.

Kami dapat membayangkan perasaan Datuk Seri Vida yang pasti teringat kembali kejadian menyayat hati berlaku terhadap dirinya suatu masa dahulu. Tabah betul dia menghadapai dugaanNya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Luahan Siti Hasmah Terhadap Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz
Sultan Johor: Tutup Premis Haram, Termasuk Tahfiz
5 Topik Pusat Tahfiz Terbakar Yang Hangat Diperkatakan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nyaris Kena Halau Di Tsukiji Market?