Selalunya jika anda bercuti ke Thailand, aktiviti menunggang gajah pasti akan menjadi aktiviti wajib. Memang rata-rata pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk menaiki haiwan terbesar di darat itu.

Tetapi tahukah anda gajah-gajah tersebut akan didera secara keajam sebelum di sediakan untuk ditunggang oleh pelancong? Lepas anda baca perkongsian ini, pasti anda tidak akan sekali menaiki gajah. Memang cukup menyedihkan.

BACA: Kopi Tahi Gajah Paling Mahal Dunia RM200 Secawan

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter Barry Jer kongsikan proses yang dipanggil “Phajaan” dimana anak gajah akan dipisahkan daripada ibu mereka secara paksa dan didera.

Anak gajah dipisahkan dari ibunya & didera

Malaysia sudah hentikan aktiviti tunggang gajah

Menurutnya lagi, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang sebelum ini pernah melakukan aktiviti menunggang gajah telah dihentikan serta merta pada tahun 2012.

Kalau pergi Siam jangan naik gajah

Pengguna Twitter itu juga turut menasihati pelancong agar untuk tidak menunggang gajah. Perlu tahu bahawa gajah-gajah itu semua diseksa sebelum dijadikan hiburan para pelancong.

Gajah bukan dijadikan untuk angkat barang 

Orang ramai perlu tahu, gajah tidak dicipta untuk dijadikan sebagai kenderaan atau mengangkat barang. Diharap perkongsian ini dapat membuka mata semua orang tentang pentingnya untuk menjaga haiwan ini yang semakin diancam kepupusan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Jijik! Ibu Suruh Anak Kencing Dalam Mangkuk Makanan
Geledah Sampah Demi Cincin Berharga RM65,000

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pencarian Masak Lemak Salai Di Nismilan (Negeri Sembilan)