Ini Sebab Harga Roti Gardenia Di Sabah, Sarawak Lebih Mahal
Baru-baru ini tular di Twitter mengenai harga roti Gardenia di Sabah dan Sarawak dikatakan tiga kali lebih majal berbanding harga di Semenanjung Malaysia.
Tidak hairan mengapa ramai penduduk di Sabah dan Sarawak akan memborong segala roti Gardenia di semenanjung sebelum pulang ke negeri asal mereka.
BACA: Peminat Roti Gardenia, Ini Harga Terbaru Yang Anda Perlu Tahu
Jika di Semenanjung harga roti Gardenia bermula RM1 hingga RM5. Tetapi di Sabah dan Sarawak bermula RM2.30.
Timbul persoalan mengapa harga di sana mahal tiga kali ganda. Ada netizen mendakwa ia berikutan kos pengangkutan untuk membawa roti ke Sabah dan Sarawak. Kata netizen itu lagi, sebab utama ialah tiada kilang Gardenia di Sabah dan Sarawak.
Tambahan pula, produk roti Gardenia di seluruh Semenanjung Malaysia diagihkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL), manakala roti Gardenia di Sabah dan Sarawak diagihkan oleh Gardenia Food Industries Sdn Bhd, yang merupakan syarikat dari entiti yang berbeza.
Mereka juga tidak dibenarkan untuk menjual produk roti ke wilayah lain melainkan hanya di Sabah dan Sarawak.
Malah, orang Sabah dan Sarawak dikatakn lebih suka roti Gardenia dari Semenanjung kerana rasanya lebih enak dan kualitinya lebih baik serta harga lebih murah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- World Of Buzz