Ini Sebab Jemaah Diharam Ke Jabal Nur & Gua Hirak
Semalam kecoh di media sosial apabila Kementerian Haji Saudi tidak lagi membenarkan jemaah untuk menziarah beberapa tempat lawatan seperti Jabar Nur dan Gua Hira.
Kenyataan tersebut ternyata mengejutkan Muslim di seluruh dunia mengapa tempat tersebut diharamkan untuk di ziarah.
BACA: Kota Mekah Diancam Peluru Berpandu
Namun, perkongsian seorang ustaz yang mengendalikan jemaah di sana memberikan beberapa sebab mengapa Kementerian Haji Saudi mengharamkan tempat berkenaan.
Lebih mengejutkan, rupanya terdapat perbuatan bidaah dan syirik yang sering di lakukan di tempat perjuangan Rasulullah.
Ada yang buat onar bidaah & syirik
Menurut ustaz tersebut, pada mereka yang sudah sampai ke Gua Hirak, pasti sudah lihat sendiri sejauh mana bidaah yang dilakukan di sana.
Tambahnya lagi, perbuatan tersebut kebanyakannya dilakukan oleh jemaah Pakistan dan India tapi semua jemaah kena tempias.
Video bidaah
LARANGAN KE JABAL NUR DAN GUA HIRAK – MENGELAK BIDAAH ATAU MEMELIHARA MONUMEN SEJARAH?.Video menunjukkan aktiviti dikatakan bidaah yang mencetuskan kontroversi larangan ziarah ke Jabal Nur. Sebenarnya banyak lagi benda pelik-pelik lain yang dibuat orang kat atas puncak sana. Baca sampai habis.Isu pekeliling dikeluarkan Kementerian Haji Saudi yang melarang sebarang aktiviti ziarah ke Jabal Nur dan Gua Hirak telah mengundang pelbagai reaksi dari seluruh dunia Muslim. Marah dan kecewa dengan tindakan tersebut kerana ia dilihat bersikap mementingkan diri. Di sebalik larangan tersebut, kita tidak dapat menafikan bahawa ada kebenarannya juga. Bagi yang sudah sampai ke Gua Hirak pasti akan bersetuju kerana sudah melihat dengan mata sendiri sejauh mana bidaah yang dilakukan di puncak Jabal Nur."Yang buat onar perbuatan bidaah dan syirik kebanyakkan jemaah Pakistan dan India. Tapi yang kena tempias semua." Komen seorang follower semalam.Tak dapat dinafikan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Langsung jemaah yang memang berhajat dan menyimpan impian untuk ke sana tidak akan dapat lagi peluang untuk jejaki sirah perjuangan Rasulullah.Tambahan pula bila terjadi perkara begini pelbagai spekulasi dan teori haluan kiri pun keluar."Semua tempat sejarah dilarang lawat oleh kerajaan Saudi. Memang mereka-mereka ini nak hapuskan kesan-kesan sejarah Nabi sedikit demi sedikit nampaknya. Seperti ada agenda tersembunyi. Seperti hendak padamkan semua sejarah nabi. Nanti apa yang tinggal? Bila umat Islam sudah tidak tahu sejarah? Bagaimana hendak bangkit? Bila tak kenal asal usul. Bila kesan sejarah sudah tidak diterokai. Sukarlah untuk bangkitkan rasa terkesan atas kerja buat nabi-nabi. Berbeza sangat pemikiran kerajaan Saudi ni. Sangat sempit dan jumud." Komen dari follower yang lain.Diakui memang banyak lokasi dan monumen sejarah yang sudah ditutup. Tidak lagi dibenarkan melawat. Malah ada yang sudah dirobohkan atas nama pembangunan. Yang tinggal cuma nama, tu pun boleh jumpa dalam buku sajalah. Kalau nak tengok pun kena pergi muzium.DOAKAN SEMOGA SEMUA INI HANYALAH SEMENTARA UNTUK MENDIDIK KITA MENGHARGAI SEJARAHSama-sama kita doakan agar semua ini bersifat sementara. Kesian pada yang berhajat dan sudah lama menyimpan impian. Nak bawa anak isteri bagai nak melawat sejarah dan kesan tinggallan Rasulullah. Inilah satu-satunya tempat yang ada bukti kita boleh lihat sebagaiamana Rasulullah melihat Mekah dari pandangan baginda.Jabal Nur mempunyai roh tersendiri. Semangat Iqra' sangat tinggi untuk kita kaji dan gali ditempat turunnya wahyu itu sendiri. Mesti ada 'sebab' yang membuatkan Nabi sangat tinggi motivasinya sampai sanggup panjat bukit tu. Hidup menyendiri mencari kebenaran.Kita kena cari SEBAB itu. Itulah juga ransangan motivasi untuk kita merasai pengalaman penat jerih Rasulullah mencari petunjuk. Bukan senang. Tapi itulah. Kita semua tidak nampak sisi tarbiyah yang Nabi telah tinggalkan. Semoga kita berpeluang kembali ke sana. Itulah buat lagi benda pelik-pelik kat atas sana. Habis yang lain tak sempat pergi. Tanggunglah sendiri. Doa-doalah terbuka hati pemerintah Saudi tu buka semula kepada yang ikhlas nak pergi kerana Allah. Bukan nak buat bidaah.Jabal Nur bukan hak ekslusif mana-mana golongan. Ia adalah milik seluruh umat Islam untuk kita pelihara. Itulah monumen sejarah yang masih kekal sebagai saksi kerjabuat dakwah Nabi untuk disaksikan oleh manusia. Sama-sama kita pastikan generasi akan datang mendapat ibrah dari jejak sirah Nabawiyah.Diizinkan share. Biar insaf sikit. Komen pandangan anda.Begitulah.Shauqi HasanMutawif Rarecation Umrah
Dikirim oleh Shauqi Hasan pada 19 April 2018
Doakan semua ini hanya sementara
Jelasnya lagi, dia berharap agar larangan tersebut hanya sementara sahaja dengan tujuan untuk mendidik agar lebih menghargai sejarah dan pejuangan Rasulullah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Yang Best Di Sungai Petani?
- SUMBER
- Oh Bulan