Ini Sebab Pemenang Pingat Sukan SEA Dapat Pokok
Satu kelainan telah diberikan dalam Sukan SEA 2017 kali ini apabila setiap pemenang pingat akan diberikan hadiah sepokok tumbuh-tumbuhan berserta pingat dan juga patung maskot Rimau sebagai kenangan untuk mereka yang mana sebelum ini kebiasaannya gubahan bunga digunakan.
BACA: Terlalu Laju, Jurugambar Hadapi Kesukaran Kejar Khairul Hafiz Jantan
Tiga jenis pokok yang diberikan kepada tiga pemenang adalah syzygium polyanthum (Salam), garcinia hombroniana (Bruas) dan syzygium malaccense (Jambu) dan ketika penyampaian pingat, para pemenang akan dihadiahkan sebuah bakul berisi anak pokok tersebut.
Usaha ini diadakan bersempena kempen Green Games pada KL2017 dan dinamakan ‘Satu Pingat, Satu Pokok’ dan sebanyak 5,249 anak pokok akan ditanam di Bandar Sukan Kuala Lumpur selepas tamatnya Sukan SEA 2017.
Pegawai Eksekutif Media Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (Masoc), Fahmi Omar memberitahu Utusan Malaysia, kelainan ini diadakan dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pemulihan hutan dan pemuliharaan biodiversiti.
“Mengikut perancangan Masoc, anak-anak pokok ini akan ditanam di bawah viaduct atau jejambat yang telah dibina untuk membolehkan hidupan liar merentasi kawasan hutan tersebut dengan selamat,” ujarnya lagi.
VIDEO: Pergh, Char Kuey Teow Dia Penuh Satu Kuali! 🔥🔥🔥
- SUMBER
- UTUSAN MALAYSIA