Ini Sebab Ramai Pakai Sarong Naik Keretapi
Kain batik dan kain pelikat merupakan pakaian harian tradisional pada zaman dahulu di negara kita. Kini generasi muda tidak lagi menggayakan pakaian tradisional itu dalam kehidupan seharian kecuali jika berada di kampung, pergi masjid serta bila hari raya menjelma.
BACA: Dendam Sampai Bakar, Punca Dari Ejek Mengejek
Program Keretapi Sarong mengajak orang ramai menggunakan pengangkutan awam di Lembah Klang di samping mempromosikan pemakaian kain sarung tradisional supaya dapat mendidik orang ramai mengenai sejarah pakaian tradisional tersebut.
Program yang telah mencecah edisi keempat itu mendapat sambutan dari orang ramai yang menaiki lima stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) ke pusat tarikan pelancong seperti Masjid Jamek, KL Sentral dan Muzium Negara sempena Hari Malaysia semalam.
Seorang penuntut, Mohd Azrul Ahmad, 22 tahun, berkata dia berasa bangga dapat memakai kain pelikat kepunyaan arwah datuknya dan menunjukkan bahawa generasi muda sepertinya masih menghargai warisan tekstil negara itu.
“Kami selalunya memakai kain sarung apabila ke masjid untuk solat atau semasa berada di kampung. Mengapa tidak kami memakai pakaian seperti ini dalam kehidupan seharian sebagaimana orang dulu-dulu,” ujarnya kepada Bernama.
Manakala bagi seorang pegawai dagang Jerman, Viola, 35 tahun, cuba untuk memakai kain sarung tradisional Malaysia buat kali pertama.
“Saya sebenarnya belajar memakai sarung semasa melawat Kelantan tahun lepas dan sudah tentu saya tidak mahu kehilangan peluang mengetahui bagaimana rasanya memakai sarung sambil bersiar-siar di bandar raya di tengah-tengah orang ramai,” jelasnya.
Semoga kita dapat kekalkan adat dan kebudayaan negara kita yang sememangnya indah ini untuk generasi muda dan akan datang supaya mereka tidak lupa asal usul negara kelahiran mereka.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Selamba Dia Letak NUTELLA Banyak Banyak
- SUMBER
- ASTRO AWANI