Ini Sebab Salon Rambut Di Thailand Sentiasa Penuh Dengan Pelanggan
Baru-baru ini tular mengenai sebuah salon di Thailand yang sering menjadi tumpuan ramai sehinggakan ianya sentiasa penuh dengan pelanggan. Ramai yang tertanya-tanya apa yang istimewa tentang salon ini.
Rupanya ramai yang kagum dengan kemahiran pemiliknya dalam menggayakan rambut. Difahamkan, pemilik salon tersebut iaitu Cik Ryanan Noi Noi telah membuka Red Cut Salon berhampiran Universiti Pibulsongkram Rajabhat sejak enam tahun lalu.
BACA: Thailand Buka Klinik Ganja, Sasar Satu Setiap Wilayah
Sejak salon itu dibuka, pelanggan tidak putus-putus datang sehingga mereka perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Majoriti pelanggan salon tersebut adalah wanita, namun ramai juga dikalangan lelaki dan kebiasannya suami akan membawa isteri bersama ke salon itu.
Cik Ryanan Noi Noi mempunyai pengalaman mendandan rambut selama 15 tahun dan ramai yang akan datang semula kerana hasil tangannya yang berkualiti.
Pada mereka yang berminat untuk datang ke salon ini bolehlah buat temujanji terlebih dahulu. Salon ini terletak 300 meter, bahagian kiri dari Pagar 2 Universiti Pibulsongkram Rajabhat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Di Dunia Ini, Ini Kedai Nasi Kukus Ayam Berempah Yang Dibuka 24 Jam Sehari!
- SUMBER
- AmazingNara