Ini Sebab Sebahagian Gunung Kinabalu Runtuh
Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan sering menjadi pilihan pelancong untuk mendaki gunung. Ia mempunyai banyak laluan dan ada menilai sesetengah laluan ada yang senang dan ada juga susah mengikut laluan mana yang anda pilih.
Semalam sebahagian kawasan Gunung Kinabalu runtuh hingga membuatkan penduduk setempat risau akan keselamatan mereka.
BACA: Daki Gunung Sambil Pakai Kasut Tumit Tinggi?
Video berdurasi selama 1:21 saat itu dipercayai diambil oleh seorang penduduk di sekitar kawasan Gunung Kinabalu, Sabah dan menunjukkan kejadian tanah runtuh berlaku yang sedang berlaku.
Kejadian dipercayai berlaku pada pukul lima petang semalam dengan berjarak hanya 1.5 kilometer (km) daripada bangunan terdekat.
Punca runtuhan dikatakan berpunca dari hujan berterusan dan angin kuat melanda kawasan tersebut sebelum ini hingga menyebabkan runtuhan kecil.
Berikutan itu, terdapat runtuhan tanah dan batu di kawasan berdekatan Sungai Mesilou.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud memberitahu dia telah menghantar beberapa orang pegawai untuk mengenalpasti tahap kerosakan yang berlaku di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.45 petang.
“Berdasarkan pemerhatian kami, semuanya dalam kawalan. Kami meminta penduduk kampung tidak panik dan pengaliran air sungai juga normal,” terangnya sambil memberitahu pihaknya akan terus memantau kejadian tersebut.
Sebelum ini, Gunung Kinabalu pernah dilanda gempa bumi pada tahun 2015 hingga menyebabkan berlaku perubahan pada bahagian Donkey Ears Peak (4,054m).
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Sebab Bukit Broga Tutup 3 Bulan
4 Restoran Francais Dunia Di Malaysia Kini Ditutup
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT
- SUMBER
- MSTAR