Biasanya kita minum air satu liter sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan atau minum secukupnya.

Berbeza dengan lelaki ini, dia harus menghabiskan sebanyak 20 liter air sehari bagi mengelakkan risiko mati akibat kekurangan air dalam badan.

BACA: Ini Caranya Bersihkan Biji Mata Guna Pisau Cukur

Marc Wubbenhorst, 35 tahun, menghidap diabetes insipidus iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan dirinya kehilangan air dalam badan dengan banyak.

Disebabkan itu, Wubbenhorst terpaksa meminum kira-kira 20 liter sehari bagi menggantikan kembali air di dalam tubuhnya.

Menurutnya, badan dia tidak boleh menyimpan air dan buah pinggangnya akan terus membuang air sejurus selepas dia minum air.

Sumber dari siakapkeli.my

Jika dia berhenti minum air selama sejam, dia akan mengalami simptom kekurangan air dalam badan seperti bibir kering, pening dan keliru.

Malah, nyawa dia juga berada dalam keadaan bahaya jika dia tidak minum air dengan kerap walaupun terpaksa ulang-alik ke tandas sebanyak 50 kali.

Dia menghidap penyakit itu sejak dari kecil dan dia cuba untuk hidup seperti kanak-kanak normal tetapi dia mengalami tekanan perasaan dan kemurungan semasa keadaannya semakin teruk dahulu.

Walau bagaimanapun, kini Wubbenhorst lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan selepas mendapat sokongan kuat daripada keluarga dan rakan-rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kena Saman Akibat Tak Datang Hari Perkahwinan
Kajian: Lagi Banyak Tonton Porno, Lagi Alim

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas