Inilah Rupa Keranda Kayu Cendana Raja Thailand
Siapa sangka ukiran cantik diukir di atas kayu Cendana akan dijadikan sebagai keranda diraja yang bakal digunakan dalam Upacara Persemadian Diraja mendiang Raja Bhumibol Adulyadej pada bulan depan.
Ukiran cantik itu dibuat oleh tukang ukir mahir yang memakan masa selama berbulan-bulan untuk menyiapkan keranda kayu Cendana tersebut.
BACA: Kuda Pengsan Bawa Pengantin
Keranda kayu Cendana menggunakan pokok Cendana yang telah mati namun masih tegak dan kayu berbau harum serta dianggap membawa tuah oleh penganut agama Buddha.
“Keranda diraja itu diperbuat daripada 12 batang pokok cendana yang telah mati tetapi pohonnya masih tegak. Ia ditebang di Taman Negara Kui Buri, di Prachuapkhirikhan,” kata pegawai Jabatan Seni Halus.
Seorang pegawai mendedahkan satu ciri paling penting yang harus ada pada keranda diraja itu ialah ia harus mempunyai 132 lambang garuda.
Kini, sekumpulan tukang ukir mahir sedang giat menyiapkan kerja-kerja di peringkat akhir yang amat teliti pada keranda diraja itu sebelum ia digunakan dalam Upacara Persemadian Diraja pada bulan depan.
Upacara Persemadian Diraja bakal diadakan selama lima hari bermula 25 Oktober ini dan jasad Raja Bhumibol akan dibakar bagi tujuan persemadian di Krematorium Diraja, Sanam Luang sehari selepas upacara itu bermula.
Raja Bhumibol mangkat pada 13 Oktober 2016 iaitu pada usia 89 tahun selepas menduduki takhta selama 70 tahun.
Jasadnya kemudian diletakkan di Dewan Singgahsana Dusit Maha Prasat, Istana Agung, dan menghadap Sungai Chao Phraya serta dikunjungi puluhan ribu rakyat datang untuk memberi penghormatan terakhir tanpa mengira cuaca.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia
- SUMBER
- MSTAR