Dengan macam-macam jenis media sosial yang ada kini. Bukan itu saja, makin ramai juga pasangan yang curang dan bermain kayu tiga. Pantang kalau suami atau isteri tertinggal telefon, mula la nak intip.

Kalau ikutkan, tiada masalah untuk suami atau isteri melihat atau selongkar apa yang ada dalam telefon pasangan masing-masing.

BACA: Kini Arab Saudi Benarkan Panggung Wayang

Namun di Arab Saudi, pasangan berkahwin disana mungkin akan berfikir dua kali sebelum mengintip telefon bimbit pasangan kerana ianya kini dianggap satu perbuatan jenayah.

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Penerangan Arab Saudi mengesahkan undang-undang itu wujud dan berkuat kuasa minggu lalu.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) atau dipenjara setahun.

Menurut kementerian, undang-undang itu diperkenalkan untuk melindungi moral individu serta maklumat peribadi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:
Inilah Kisah Keluarga ‘Raja’ Burger Arab Saudi
Trump Sedia Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Israel

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tercekik Seluar? | Mail Time #4