Nasib malang menimpa seorang pekerja di sebuah restoran apabila dia ditipu oleh sepasang suami isteri yang menggunakan helah untuk lari dan tidak membayar hidangan yang telah dimakan. Menerusi perkongsian di Twitter, pekerja itu terpaksa membayar makanan keluarga berkenaan menggunakan upah bekerja hari tersebut berjumlah RM161.40.

Menceritakan pengalamannya, sepasang suami isteri yang mengenakan purdah dan berkopiah itu mahu ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang sedangkan sudah diberitahu bahawa restoran tersebut menerima kad untuk membuat pembayaran.

BACA:‘Sentap’ Disuruh Kemas Rumah, Remaja 17 Tahun Lari Rumah

Bagaimanapun, pelanggan tersebut terus berdegil dan memberikan bermacam-macam alasan untuk ke mesin ATM dan meninggalkan anak-anak di restoran. Namun, kemudian anak-anak mereka tiada di retoran ketika semua pekerja sedang leka membuat kerja masing-masing. Berjam-jam menunggu namun pelanggan tersebut tidak datang untuk membuat pembayaran.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang berang dengan sikap segelintir masyarakat yang hanya memburukkan agama dan cara pemakaian yang tidak melambangkan sikap.

 

Bagaimanapun ada netizen berpendapat, mereka berpakaian sebegitu untuk melakukan aktiviti penipuan dan sebenarnya pemakaian asal mereka bukan begitu.

Apa pun diharap semua restoran perlu lebih berhati-hati apabila berdepan dengan pelanggan seperti ini. Mungkin setiap restoran boleh melakukan penambah baikan dengan meletakkan CCTV di tempat tertentu, atau mungkin pekerja boleh mengekori mereka jika mereka menggunakan helah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Makanan Hospital Di Jepun Mungkin Yang Terbaik Di Dunia
“Hamburger Straw” Popular Di Jepun

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedut Telur Di Kelantan