Kisah pasangan ini membuktikan cinta sejati itu benar-benar wujud. Betapa agung dan sucinya cinta lelaki ini yang sanggup menikahi isterinya walaupun wanita itu sedang bertarung nyawa dengan penyakit kanser.

Ternyata ia bukan halangan buat pemuda bernama Azam yang mahu membuktikan cinta terhadap wanita yang dicintainya dengan ikatan sebagai suami isteri yang sah.

BACA: Ibu Sedih Bakal Kehilangan Anak & Ayah Serentak

Bagaimanapun, pasangan ini hanya mampu mencipta bahagia hanya seketika sahaja, apabila tidak lebih dua hari apabila isterinya, Fatin Nur Syahirah dijemput Ilahi.

Menerusi Facebook abang kepada Syahirah, Yusri Yusof, dia memberitahu kakaknya itu diserang penyakit kanser mesenchymal chondrosarcoma, sejenis kanser yang rare, menyerang soft tissue dan cartilage. Luahan oleh Yusri untuk adik kesayangannya ini ternyata meruntun jiwa ramai netizen.

Diserang kanser luar biasa, tapi tak pernah menyerah kalah

Hari ini, adik perempuan, Fatin Nur Syahirah telah pulang menyahut panggilan Ilahi yang ternyata lebih sayang kepada arwah Syahirah atau dalam keluarga kami lebih mesra dipanggil kakak.

Dia anak perempuan pertama dan adik beradik keempat dari lima beradik. For most, people will say she lost her battle with cancer.

Tapi ini bukan sebarang kanser, ini mesenchymal chondrosarcoma, sejenis kanser yg rare, menyerang soft tissue dan cartilage. Tumor yg sgt agresif dan tiada belas kasihan untuk tubuh seorang gadis yang baru berumur awal 20-an.

Tapi bagi kami kakak won her battle with this cancer. Sejauh mana pun agresif kanser ini tapi dia tak pernah give up. Tak pernah menyerah kalah. Kakak sangat kuat dan tak pernah merungut. Dua major surgery September 2017 dan Februari 2018 dgn bukaan lebih panjang dari C-section.

Kakak terus berjuang melawan mesenchymal chondrosarcoma, dan pada masa yg sama tetap positif dan jarang sekali mengalirkan air mata.

Azam sanggup menerima & jadikan Syahirah sebagai isteri 

Kakak kuat sebab dia cinta Allah dan Rasul, kakak kuat sebab kami sekeluarga cintakan kakak. Tapi kakak lebih kuat sebab ada cinta dari anak muda bernama Azam. Azam yang sanggup menerima keadaan kakak dan ingin menjadikan Syahirah sebagai isterinya.

June 2018, lepas Aidilfitri mereka bertunang dgn niat untuk bernikah pada 18 Ogos ni sebelum Aidiladha.

Tapi apa kan daya kesihatan kakak merosot secara mendadak dalam tempoh seminggu ketika aku ada kat Korea.

Lumpuh apabila kanser menyerang tulang belakang, pernafasan kakak pun amat terganggu. Tapi perancangan ALLAH maha hebat dan DIA izinkan majlis pernikahan mereka berdua.

Akhirnya Azam dan Syahirah pun sah bergelar sebagai suami isteri setelah bernikah di rumah pada 3 Ogos 2018.

Hari ini Syahirah tinggalkan kami selamanya

Dan hari ini kakak meninggalkan kami semua, selama-lamanya.

Aku sembang-sembang dengan adik ipar baru, Azam dan dia dengan air mata bergenang ucap terima kasih kerana benarkan dia keluar dengan Syahirah sebelum-sebelum ini.

Sambil air mata kami mengalir di pipi, aku cakap kat Azam “takde apalah benda kecik ja tu. Walaupun Syahirah dah takde, kita tetap adik beradik.

“Kalau nak datang rumah bila-bila mai ja Azam.”

Siapa sangka, aku dan adik ipar turun dalam liang lahad untuk sambut jenazah adik dan isteri yang diturunkan oleh ahli keluarga yang lain. Allahuakbar.

Al Fatihah buat kakak, Fatin Nur Syahirah…

ARTIKEL BERKAITAN:
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai
Wanita Terengganu Paling Ramai Diabetes Di Malaysia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱