Isu Ayam Tak Sembelih, JAKIM Beri Penjelasan
Isu mengenai ayam dibeli tidak disembelih walaupun ia dilabel halal mencetuskan kekecohan di laman sosial Facebook beberapa hari lalu.
Seorang lelaki dikatakan membeli beberapa ekor ayam di Tesco Setia Alam terkejut apabila mendapati ayam dibelinya tidak mempunyai tanda-tanda telah disembelih.
BACA: Gelagat Kanak-Kanak ‘Sembelih’ Kucing Dengan Tenang
Lelaki tersebut dikenali sebagai Ismadi Zahari memuatnaik video ringkas mengenai isu tersebut di akaun miliknya.
“Tidak ada kesan sembelih melainkan kepalanya ditarik,” ujarnya sambil mempersoalkan bagaimana ayam itu disembelih tanpa mempunyai kesan.
Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat kenyataan bahawa proses penyembelihan ayam sebenarnya terlindung akibat tindakan menarik kepala ayam.
Berikutan itu, ia menyebabkan kulit leher ayam tertarik dan nampak seperti tiada proses penyembelihan dilakukan terhadap ayam keluaran jenama PTS.
“Produk ayam jenama PTS tersebut adalah dari pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah,” katanya.
”Pengguna tidak perlu gusar dengan tular tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran dan sentiasa mengutamakan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban,” jelasnya sebelum mengakhiri perbualan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sedapnya Ayam Telur Masin! Senang Je Nak Masak
- SUMBER
- SINAR HARIAN