Semalam berlaku gempa bumi di negara jiran, Indonesia dan kawasan yang terlibat ialah di wilayah Sukabumi, Jawa Barat, malah kesan gegarannya turut dirasai di ibu kota Jakarta.

Gempa bumi berukuran 6.4 Skala Richter itu berpusat di 81 kilometer barat daya Lebak Banten dan dikatakan berlaku kira-kira pukul 1.34 petang.

BACA: Gempa Kecil Landa Madinah

Sumber dari manado.tribunnews.com

Selain itu, gegaran juga dirasai di Wisma Antara di mana ia mempunyai pejabat Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di tingkat 16.

Berikutan itu, semua pekerja diarahkan keluar dari bangunan dan kemudian dibenarkan kembali masuk ke dalam bangunan pada pukul 2.15 petang semalam.

Menurut Sinar Harian, jurucakap Kedutaan Malaysia melaporkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam bencana tersebut.

Warga ibu kota negara itu dikatakan tenang menghadapi bencana itu dan keadaan dilaporkan tidak terburu-buru serta tidak panik keterlaluan semasa kejadian berlaku.

Selain itu, gempa bumi tersebut tidak menyebabkan tsunami berlaku. Semoga mereka yang terlibat cepat pulih dan sentiasa berwaspada dengan bencana alam yang dialami.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Sebab Sebahagian Gunung Kinabalu Runtuh
Lautan Bahamas Kering Kontang Selepas Dilanda Taufan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bingung Nak Pilih Makanan Di Tasik Raban