Jalan TAR Sah Ditutup Mulai 15 Mac Ini
Bermula 15 Mac depan, laluan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahmah (Jalan TAR) dari pusat beli-belah Sogo akan ditutup kepada semua kenderaan dan hanya akan memberi laluan kepada aliran bas sahaja.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad, penutupan jalan dari Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu itu bertujuan untuk memberi lebih keselesaan kepada orang ramai.
BACA: Tahun 2019: Tiada Lagi Bazar Jalan TAR, Masjid India
Ramai bersetuju dengan cadangan tersebut
Terdahulu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menjalankan kajian dalam talian berhubung penutupan jalan itu dan sebahagian besar responden bersetuju dengan cadangan tersebut.
“Kita berhasrat menjadikan laluan bermula dari hadapan Sogo sehingga ke Wisma Bandar sebagai laluan bebas kenderaan atau ‘pedestrian mall’ yang mana pengunjung boleh berjalan kaki untuk membeli-belah,” katanya.
Dalam pada itu, pihaknya juga bersedia untuk menempatkan peniaga bazar perayaan yang memohon lesen berniaga untuk beroperasi di sepanjang laluan yang dikosongkan itu.
Katanya lagi, buat masa ini pihaknya sedang memperincikan susun atur peniaga dan keputusan ini akan memberikan kelegaan kepada semua pihak kerana dapat menjalankan perniagaan di kawasan lebih luas serta selesa.
“Penempatan hanya membabitkan mereka yang memohon lesen untuk berniaga pada Ramadan manakala peniaga sedia ada dikekalkan di tapak asal,” katanya.
Tambahnya lagi, keputusan ini diambil bagi menjaga kepentingan peniaga Melayu di kawasan tapak lama bazar Ramadan yang mana perniagaan mereka terhalang sepanjang bazar perayaan itu berlangsung.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Harian Metro