Jangan Ambil Remeh, Esen Vanila Tak Sembuhkan Sakit Gigi
Siapa yang pernah mempunyai pengalaman sakit gigi, pasti tahu betapa peritnya rasa sakit tersebut. Lebih teruk ada yang mengalami sakit gigi sehingga demam. Baru-baru ini tular di media sosial mengenai perkongsian menggunakan asen vanila untuk menyembuhkan sakit gigi.
Perkongsian itu mendapat perhatian seorang doktor, Ib Shah yang menerangkan bahaya menggunakan bahan tersebut sebagai penawar sakit gigi. Ujarnya lagi, ia memang dapat menghilangkan rasa sakit gigi tetapi kesannya hanya seketika dan boleh memudaratkan.
BACA: Gara-Gara Tabiat Gigit Kuku, Jari Terpaksa Dipotong
Bahan tersebut bukan PENAWAR sebenar untuk sakit gigi
Menerusi Twitter Dr Ib Shah, kongsikan mengapa esen vanila bukanlah penawar untuk sakit gigi. Beliau juga turut menasihatkan jika mengalami sakit gigi lebih baik berjumpa dengan mereka yang pakar atau doktor gigi.
Ramai yang tidak tahu, jika dibiarkan ia akan beri kesan lebih teruk
Esen vanila hanya kebaskan saraf, jangkitan boleh merebak ke dalam tulang
Jangan ambil remeh & percaya dengan petua di internet
Ujarnya lagi, jangkitan ke dalam tulang boleh memburukkan keadaan sehingga menyebabkan kematian. Beliau turut menasihati pengguna media sosial di luar sana agar tidak mudah terpengaruh dengan petua yang didapati menerusi internet.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- Twitter Dr Ib Shah