Sejak kebelakangan ini tular di media sosial trend #TindanChallenge yang menjadi kegilaan anak muda. Trend ini memerlukan empat orang atau lebih duduk di atas badan masing-masing. Namun apa yang membimbangkan ialah trend ini turut menjadi ikutan kanak-kanak dan ia berisiko tinggi buat mereka.

Trend tersebut turut mendapat perhatian seorang doktor pakar rehabilisasi yang dikongsikan menerusi Faceook Public Health Malaysia. Doktor tersebut meluahkan rasa ngeri melihat aksi tersebut dilakukan oleh kanak-kanak kerana tulang mereka masih rapuh dan mudah cedera.

BACA: Ganjaran RM400,000 Jika Anda Boleh Hidup Tanpa Telefon Pintar

Dalam pada itu, kecederaan juga sering berlaku apabila kanak kanak terjatuh dari tempat tinggi. Komplikasi dari kecederaan tulang belakang menyebabkan risiko lumpuh seumur hidup. Berbaloikah untuk mengejar gambar viral sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan anak anak.

FAKTA MENGENAI KECEDERAAN TULANG BELAKANG DIKALANGAN KANAK KANAK

1. Kemalangan dan JATUH merupakan antara punca utama kecederaan tulang belakang di kalangan kanak kanak.

2. 20% kecederaan saraf tunjang dan tulang belakang berlaku kepada REMAJA & KANAK KANAK.

3.Insiden untuk menjadi kacacatan tulang bengkok (skoliosis) akan meningkat 90% sekiranya seseorang mengalami kecederaan semasa kanak kanak.

4. Kanak kanak lebih berisiko untuk LUMPUH sekiranya alami kecederaan tulang belakang.

5. KOMPLIKASI bagi kanak kanak dan remaja yang mengalami kecederaan tulang belakang adalah lebih tinggi.

Doktor itu juga turut memberi peringatan kepada ibu bapa untuk mengambil perhatian akan perkongsian ini. Janganlah terlalu galak mengejar “like” dan “Viral” sehingga sanggup membiarkan anak-anak membuat aksi bahaya seperti ini.

Kecederaan tulang belakang bukan main main, bila dah jadi sesuatu yang buruk pada anak-anak ketika itu air mata darah sekalipun tidak akan menebus ribuan like yang anda terima.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱