“Jangan Bunuh Industri Durian”
Pada masa sekarang hampir semua orang merungut tentang harga durian yang mana dijual mengikut berat bukannya mengikut longgok seperti satu ketika dahulu. Harga durian mengikut berat ini boleh menjangkau lebih RM30/kilogram dan tak hairan sebiji durian boleh berharga lebih daripada RM100.
BACA: Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedar tentang rungutan orang ramai berkenaan harga raja buah yang semakin meningkat saban hari.
Selaku menteri kementerian berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta orang ramai supaya tidak membunuh industri durian kerana tanaman tersebt mampu menjaga ekonomi negara suatu hari nanti.
“Ia suatu ekonomi dan kita melihat potensi yang besar kepada negara. Kita sekarang sudah melihat industri ini bukan saja membabitkan penanam semata-mata.
“Tidak ketinggalan mereka yang menjual anak pokok, baja, memasarkan, mengeksport dan pengangkutan.
“Jadi, kita jangan bunuh industri ini, kalau harga durian naik, kita akan cuba stabilkan kembali. Orang ramai jangan terlalu emosi dengan kenaikan harga yang tidak normal,” ujarnya ketika ditemui Harian Metro.
Menurut Shabery, klon durian di Malaysia adalah unik kerana tidak terdapat di negara lain atas faktor keunikan cuaca negara kita.
Oleh itu satu keseimbangan akan dicari untuk memberi keadilan kepada pengeluar buah dan juga pelanggan raja buah ini.
Keunikan durian tempatan menjadi perhatian bukan sahaja daripada pelanggan tempatan bahkan ada pelanggan dari United Kingdom, China, Indonesia dan Singapura sanggup datang untuk menikmati durian di Malaysia.
- SUMBER
- Harian Metro