Pernah tak anda dengar biji durian sebenarnya boleh dimakan? Rupanya ramai yang tak tahu biji durian dijadikan snek seperti kerepek. Lepas ni kalau makan durian, jangan dibuang biji durian tersebut.

Siapa sangka biji durian pun boleh dibuat kerepek. Paling penting cara untuk membuatnya memang senang sangat. Sekali makan memang rasa nak lagi.

BACA: Jual Durian RM1, Mahu Orang Kurang Mampu Dapat Merasa

Kerepek biji durian

1. Rebus biji durian terlebih dahulu

2. Kemudian buang kulit biji durian, kalau tak nanti kerepek anda akan rasa pahit

3. Hiris biji durian nipis-nipis, lepas tu boleh goreng

4. Goreng dalam minyak yang panas

 

5. Taraaa!!! Dah siap goreng dahh. Tunggu sejuk sikit, boleh ngapp terus. Tak nyempat nak buat kudap depan tv rasanya, sebab ramai peminat. Nak best blend gula,tabur gula sikit.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pizza Cempedak & Durian Pulak Sekarang, Kini Di Penang!
Sanggup Tunggu Dua Jam Nak Beli Durian RM5 Sekilo

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berpeluh Kepedasan Layan Nasi Kukus Malaya