Jangan Halang Anak Makan Makanan Yang Jatuh Di Lantai?
Di peringkat awal, ibu bapa sentiasa mengawasi anak mereka kerana risau jika anak mereka terdedah kepada bahaya tidak kira sama ada daripada aspek keselamatan ataupun kesihatan.
Selain itu, perkara yang membimbangkan ibu bapa ialah apabila anak mereka mudah memasukkan makanan ke dalam mulut jika ada sisa makanan jatuh di atas lantai tanpa disedari.
BACA: Gambar Anak Pelarian Teruja Abang Bawa Juadah Berbuka
Sebenarnya, usah dihalang jika anak-anak anda yang masih kecil mengutip serta memakan makanan di atas lantai kerana ia sebenarnya membantu dalam membentuk sistem imunisasi badan mereka.
Tindakan itu dikaji oleh sekumpulan profesor di Sweden yang mendakwa sistem imunisasi kanak-kanak dapat dibina dengan lebih baik melalui cara tersebut.
Seorang profesor Universiti Gothenburg, Sweden, Prof. Jack Gilbert berkata, ibu bapa yang terlalu menjaga kebersihan dalam gaya hidup mereka menjadi punca sistem imunisasi anak mereka lemah.
“Kebanyakan ibu bapa berpendapat bahawa semua kuman itu tidak sihat dan ternyata ia tidak benar,” katanya sambil menambah membiarkan anak bermain di atas tanah atau di luar rumah juga membantu dalam membina sistem pertahanan badan kanak-kanak.
Selain itu, kajian tersebut mendedahkan bahawa sistem imunisasi kanak-kanak lebih sensitif dan lemah jika berada di dalam suasana rumah yang terlalu menjaga kebersihan seperti hospital kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak mudah terkena asma serta masalah perkembangan neuroderma.
Tidak salah jika kita memberi anak-anak sedikit kebebasan dengan membiarkan mereka melakukan aktiviti riadah yang sihat seperti bola sepak atau bermain basikal walaupun mereka terdedah dengan kotoran.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Udang Buttermilk Telur Masin Yang Padu Gila!
- SUMBER
- KOSMO! ONLINE