“Jangan Hina Tapi Bimbing Remaja Basikal Lajak” – Syed Saddiq
Tragedi kematian lapan orang remaja berbasikal lajak pada 2017 ternyata tidak memberi keinsafan apabila masih banyak lagi kumpulan basikal lajak dapat dilihat membawa secara berbahaya di jalan raya.
Sejak kes tersebut, isu mengenai basikal lajak menjadi bualan ramai pihak dan perhatian pihak berkuasa untuk menangani masalah tersebut.
BACA: Isu Basikal Lajak, Ibu Bapa Boleh Didenda Sehingga RM20,000
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman mahu mengambil langkah membantu golongan remaja yang terjebak dengan masalah itu dengan membimbing mereka.
Kata Syed Saddiq lagi, ramai yang hanya tahu menghukum dan menghina mereka dan gagal membimbing sedangkan mereka memerlukan bantuan kita semua dan ianya tanggungjawab bersama.
“Saya dikutuk kerana mengambil pendirian untuk membimbing dan bukan menghukum. Dari terus menghina mereka, saya pilih untuk melatih mereka dengan pendidikan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional).
“Segelintir dari kita suka menghukum dan gagal untuk membimbing. Mereka perlukan bantuan kita semua. Mereka ini adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata langkah mendekati komuniti remaja yang terlibat basikal lajak juga akan terus dilakukan bagi memastikan golongan ini mampu berjaya dalam kehidupan.
Tidak mahu tragedi sama berulang lagi, Syed Saddiq mahu remaja ini dapat mengasah bakat berbasikal mereka dengan cara selamat.
“Saya mahu mereka jadi anak-anak yang berjaya. Saya mahu mereka berbasikal dengan selamat dan mengasah bakat mereka dengan cermat. Saya tidak mahu lihat tragedi yang sama berulang,” katanya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- MalaysiaKini