Jangan Sesekali Makan Bahagian ‘Bersih’ Pada Roti Berkulat
Pasti semua tahu bahawa setiap makanan yang tamat tempoh atau sudah sampai tarikh luput tidak boleh dimakan lagi bimbang ianya tidak selamat untuk tubuh badan. Tetapi, masih ramai di luar sana yang tidak peduli dan akan makan bahagian bersih pada roti berkulat kononnya ia masih elok.
Tapi sebenarnya, bahagian tersebut nampak saja bersih tapi sebenarnya ia sudah dicemari dengan akar kulat yang menjalar di semua bahagian roti. Dikongsikan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan, sebenarnya tidak wujud bahagian ‘bersih’ pada roti yang berkulat.
BACA: Peminat Roti Gardenia, Ini Harga Terbaru Yang Anda Perlu Tahu
Jangan Sesekali Makan Bahagian ‘Bersih’ Pada Roti Berkulat
Ini kerana kulat adalah sejenis fungus seperti cendawan. Seperti cendawan, kulat juga mempunyai ‘topi’ yang mudah dikesan dengan mata kasar. Namun akarnya yang tersembunyi dikenali ‘hyphae’ adalah berbahaya buat manusia. Hyphae ini membentuk rangkaian akar di dalam roti, maka bahagian ‘bersih’ dalam roti pastinya tidak selamat.
Jangan ambil remah tentang perkara ini kerana anda boleh mengalami keracunan makanan kerana memakna roti yang telah berkulat.
Pastikan anda semak tarikh luput pada roti sebelum roti dan walaupun roti yang dibeli belum sampai tarikh luput, pastikan roti tersebut berada dalam keadaan baik dan tidak berkulat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER