Jangan Terlepas Flight, Tiada Lagi Pengumuman di KLIA & KLIA2
Jika anda ke KLIA atau KLIA2, jangan terkejut jika tiada lagi pengumuman mengenai info penerbangan. Bermula 1 Disember lalu, Malaysia Aiports Holdings Bhd (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melaksanakan kempen ‘silent airport’.
Menerusi Twitter, Malaysia Airlines memaklumkan tiada lagi pengumuman di kedua-dua buah lapangan terbang itu dan meminta penumpang merujuk kepada papan informasi digital yang ada di dalam lapangan terbang untuk sebarang maklumat terbaharu dan penting.
BACA: Tiada Lagi ‘Raba-Raba’ Badan Penumpang Di KLIA
This December 2018, KLIA and KLIA2 will join a worldwide ‘Silent Airport’ movement to reduce the number of public announcements at terminals. Malaysia Airlines would like to encourage guests to refer to the digital information boards for any updates. Have a pleasant journey! pic.twitter.com/etPRnFBUca
— Malaysia Airlines (@MAS) November 30, 2018
Silent Aiport adalah kempen global di mana jumlah pengumuman penerbangan menerusi pembesar suara dikurangkan.
Pengumuman yang dibuat hanya akan membabitkan situasi kritikal, atau perubahan saat akhir.
Antara lapangan terbang yang telah menyertai kempen ini adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Lapangan Terbang Helsinki.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Astro Awani