“Jerebu Malaysia Bukan Datang Dari Indonesia” – Menteri
Sehingga jam 6 pagi semalam, tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu melebihi 101.
Tujuh kawasan terlibat meliputi Batu Muda (107) dan Cheras (104), manakala Selangor pula di Petaling Jaya (108), Shah Alam (101) dan Johan Setia (158). Manakala di Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU pada 103 dan 107.
BACA: Malaysia Dijangka Alami Cuaca Panas Hingga Oktober
Memetik laporan Astro Awani, sementara itu, tiga kawasan di Sarawak mencecah bacaan IPU sangat tidak sihat yang melebihi 201 antaranya ialah Sarikei (210) , Sri Aman (234) dan Kuching (239).
Bacaan IPU tidak sihat pula dikesan di Miri (156), Bintulu (102), Mukah (128), Sibu (176) dan Samarahan (196).
Malaysia akan menghantar nota diplomatik
Terdahulu, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah berkata jerebu merentas sempadan adalah punca utama jerebu berlaku di seluruh Malaysia.
Katanya lagi, Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada Kerajaan Indonesia supaya segera memadamkan kebakaran bagi memastikan kesan jerebu melanda negara ini tidak menjadi lebih teruk.
Malah, sejumlah 1,393 tompok panas dikesan di Indonesia dengan 1,087 daripadanya berada di Kalimantan. Bagaimanapun, seorang Menteri Indonesia menafikan perkara tersebut.
Bagaimanapun kenyataan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan (LHK), Siti Nurbaya itu dilihat meragukan apabila sebanyak 1,278 titik panas dikesan satelit Terra Aqua di Sumatera.
Lebih teruk, beberapa sekolah di Wilayah Jambi, Pekanbaru dan Siak diarahkan ditutup selama beberapa hari.
Kebakaran hutan di Indonesia akibat perbuatan manusia
Katanya lagi, 99 peratus kebakaran hutan dan tanah di Indonesia adalah disengajakan akibat perbuatan manusia.
“Kami tidak akan membiarkan pihak yang sengaja membakar hutan dan tanah ini. Kami akan dan bertindak tegas terhadap mereka,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), R. Mulyono R. Prabowo dalam satu kenyataan memberitahu, sebanyak 2,510 titik panas dikesan satelit Terra Aqua di negara-negara ASEAN bermula 4 September hingga 7 September lalu.
Antara kawasan terjejas beberapa wilayah negara ASEAN antaranya Indonesia (Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, dan Kalimantan Selatan), Malaysia, Filipina, Papua New Guinea, Vietnam, Timor Leste, dan Thailand.
Dalam pada itu, semua pihak dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti di luar rumah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Goreng Cili Padi
- SUMBER
- Utusan Online