Ada ketikanya timbul juga keraguan apabila memasak sendiri tom yam di rumah kerana rasanya tidak pernah sama sedapnya seperti di kedai makan Thailand yang banyak dibuka di seluruh negera. Bahkan rasanya seperti ada yang kurang berbanding yang dijual di kedai.

BACA: Ini Rahsia Lelaki Jepun Hidup 105 Tahun

Sebenarnya rahsia tom yam yang sedap terletak pada pes tom yam yang digunakan namun untuk mendapatkan yang betul-betul sedap agak sukar juga kerana perlu dibeli di Thailand.

Oleh itu kami kongsikan satu resepi mudah untuk anda membuat sendiri pes tom yamg ini di rumah.

Bahan-bahannya

Gambar: Vanillsa kismis

2 Biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 Hiris lengkuas
7 Helai daun limau purut
4 Sudu makan udang kering
10 Ekor ikan bilis
4 Inci belacan
3 Sudu cili kering yang dikisar
Air asam jawa
Gula perang
Garam

Cara membuatnya

1. Masukkan kesemua bahan (Kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.

Gambar: makanminumbest.blogspot.m

2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan yang dikisar sehingga lumat dengan api yang perlahan.

3. Ketika ini bau tom yam akan mula terbit dan masak sehingga pecah minyak.

4. Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam. Seimbangkan rasanya.

5. Tutup api dan sejukkan selama beberapa jam sebelum disimpan ke dalam botol yang kedap udara.

Gambar: makanminumbest.blogspot.m

6. Simpan di tempat yang kering ataupun di dalam peti ais untuk tahan lama.

VIDEO: DJI Spark Besar Karipap? (Control Guna Tapak Tangan? 👋🏻🔥)

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram