Jom Belajar Anyam Ketupat Sebelum Raya Tiba
Ketupat merupakan makanan tradisional yang wajib dihidangkan ketika pagi raya. Malah, tradisi menganyam ketupat pada malam raya masih diamalkan sehingga kini.
Kemeriahan semasa menganyam ketupat adalah satu pengalaman berharga yang tak dapat dilupakan serta dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
BACA: Lemang Pusing Cetus Kelainan
Jika anda risau kerana tidak tahu bagaimana untuk menganyam ketupat, kami sediakan dua cara menganyam ketupat bawang dan juga ketupat daun palas. Anda boleh berlatih sendiri menggunakan riben sehingga mahir. Selamat menganyam!
1. Ketupat bawang
Ketupat bawang sesuai dimasak menggunakan beras seterusnya menjadi ketupat nasi. Aromanya yang wangi serta segar pasti membuatkan anda ingin menambah ketupat berkali-kali.
2. Ketupat daun palas
Ketupat daun palas lebih sesuai dimasak bersama beras pulut. Anda boleh letak jagung sebagai penambah perisa dan dapat rasa lemak manis ketupat pulut jika dimakan begitu sahaja.
Rupa-rupanya senang juga menganyam ketupat jika kita ikut setiap langkah dengan betul. Nampaknya tahun ni dapat juga merasa air tangan sendiri makan ketupat di pagi raya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VITDAILY ORIGINALS: Dari Tukang Kasut Kini Jadi Lemang To’Ki
- SUMBER
- PANDUAN MALAYSIA