Perbelanjaan hidup zaman sekarang agak tinggi berbanding zaman dahulu hinggakan ramai yang terpaksa membuat dua kerja dalam sehari dan kerja lebih masa untuk menanggung kehidupan mereka.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilihat menjual kuih di kawasan LRT Setiawangsa oleh seorang pengguna laman sosial.

BACA: Jual Sandwich, Gadis Lampu Isyarat Jadi Perhatian

Pengguna laman sosial Twitter, @MusaNuwayrii memuatnaik gambar di laman sosial tersebut mengenai kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Ilham.

Menurutnya, Ilham dilihat menjual pulut panggang di hadapan Stesen LRT Setiawangsa berseorangan sambil membawa sebuah bakul penuh berisi pulut panggang.

Pulut panggang dijual oleh adik Ilham itu berharga RM1 satu. Ada yang berpendapat ia agak mahal tapi jika dilihat dari segi saiz kuih tersebut memang berbaloi untuk dibeli.

Malah, intinya juga kelihatan penuh dan banyak. Tak salah jika kita membeli kuih sambil niat untuk menderma walaupun ada yang mempertikaikan harga kuih yang dijual.

Walau bagaimanapun, ramai juga yang mahu membeli pulut panggang dari adik ini serta ada yang memuji pulut panggang itu sangat sedap.

Musa turut menambah bahawa kanak-kanak itu dilihat berniaga dari petang hingga 8 malam menurut kata orang ramai.

Mungkin bagi kita nilai RM1 tidak begitu tinggi, namun ia mempunyai nilai yang tinggi kepada sesetengah orang yang sedang mengharungi kehidupan penuh mencabar di ibu kota seperti adik Ilham.

ARTIKEL BERKAITAN:
Jual Nasi Lemak Sambil Jaga 3 Anak, Jom Bantu Wanita Ini
Jual Telur Ayam Demi Tampung Belanja Sekolah Tahfiz

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni