Jom Buat Sendiri Takoyaki
Takoyaki merupakan salah satu snek Jepun yang popular di Malaysia. Kadang-kadang rasa tak puas jika memakannya dan anda pasti mahu membelinya lagi selepas makan.
Jika anda mahu mahu makan dalam kuantiti yang banyak tapi tak mahu membeli, apa kata anda cuba resepi Takoyaki yang kami kongsikan di bawah ini.
BACA: Ini Resepi Asal Bubur McD
Bahan-bahan
Adunan Takoyaki:
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 sudu kecil serbuk stok ayam
3 sudu kecil kicap cair Jepun / kicap cair biasa
Inti:
Octopus/sotong/udang/isi ketam/sosej/belut
Daun bawang – hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat
Hiasan:
Sos Takoyaki
Mayonis Japanese atau Kewpie
Ao-nori (serbuk seaweed)
Katsuobushi / bonito flake (kepingan ikan)
Cara-cara
– Campurkan semua bahan adunan dalam mangkuk yang agak besar.
– Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut atau tiada gumpalan tepung.
– Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
– Sediakan bahan lain/inti pula.
– Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak di setiap lubang.
– Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
– Letakkan inti octopus/sotong/udang/isi ketam/sosej/belut di setiap lubang.
– Taburkan daun bawang dan kobis.
– Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.
– Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (lebihan adunan disumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan).
– Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
– Drizzle minyak masak dari masa ke masa di celah-celah acuan.
– Teruskan sampai nampak garing.
– Angkat Takoyaki ke pinggan hidangan.
– Hiaskan dengan bahan hiasan. Selamat mencuba!
ARTIKEL BERKAITAN:
Resepi Ayam Spicy Korean Hanis Zalikha Viral!
Jom Cuba Buat Apam Balik Red Velvet!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram