Burger Prosperity McDonald’s pasti akan muncul setiap kali menjelang Tahun Baru Cina dan semestinya ia amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang merindui untuk membeli makanan muncul setahun sekali itu.

Jika selepas ini anda teringin untuk makan burger Prosperity tetapi promosi McD sudah tamat, anda boleh cuba buat burger ini sendiri di rumah menggunakan resepi daripada seorang pengguna Facebook, Amie Samuri ini.

BACA: Resepi Ringkas Donat Green Tea Anda Boleh Cuba

Bahan roti bun

400gm tepung roti / hp flour
100gm tepung gandum
50gm gula halus
7gm garam halus
7gm yis
1 bj telur
27gm lemak sayuran/shortening
5gm RFB atau 4gm bread softener atau apa2 pelembut roti
280 -290ml air sejuk

Bahan daging burger

Daging kisar
Bawang Holland (dipotong dadu halus)
Sebiji telur
Bread crumb
Lada hitam
Garam
Sos Lea & perriens (terpulang)

Bahan sos lada hitam

2 sb Sos tiram
2sb Kicap kipas udang manis
Gula perang secukup rasa
Kiub ayam
Lada hitam tumbuk kasar
1sb butter/margerine
Air tambah tepung jagung utk memekatkan
sos

Bahan hiasan

Cendawan panggang
Hirisan bawang holland

Cara-cara

– Untuk roti bun, uli hingga elastik, bentukkan timbang 60gm dan perap hingga naik dua kali ganda.
– Bakar dengan api 170 degree 25 minit hingga masak. Ikut kepanasan oven masing-masing.
– Bagi daging burger pula, campur semua bahan, bulatkan dan panggang hingga masak.
– Selepas itu, masak semua bahan sos lada hitam hingga dapat kepekatan yang sesuai dan asingkan.

– Celupkan daging burger yang siap dimasak tadi ke dalam sos lada hitam.

– Hidang mengikut kreativiti anda.

– Selamat mencuba!

ARTIKEL BERKAITAN:
Resepi Nasi Goreng Cili Kering Kegemaran Ramai
Ini Resepi Asal Bubur McD

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

100k Subs, Giveaway 2.0 dan Pyan Beli Ferrari?