JPN: Nama Anak Tidak Boleh Melebihi 80 Abjad
Seperti sudah menjadi satu trend, nama anak zaman sekarang panjang-panjang belaka. Adakalanya melebihi tiga atau empat patah perkataan. Kesihan pula setiap kali peperiksaan, mereka perlu mengambil masa panjang semata-mata untuk mengisi nama.
Baru-baru ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melarang ibu bapa mendaftarkan anak mereka dengan nama yang panjang sehingga melebihi 80 aksara.
BACA: Nama Dhury Yan, Rambutt’an Tiada Kaitan Dengan Buah
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Jasri Kasim, memberitahu 80 aksara itu turut termasuklah nama bapa, bin atau binti serta simbol seperti koma dan sebagainya.
“Ini kerana ruangan nama yang disediakan di borang pendaftaran adalah terhad kepada 80 abjad malah jarak antara perkataan juga dikira sebagai satu abjad.
“Oleh itu kita minta ibu bapa untuk mematuhinya dan untuk rekod nama individu yang paling panjang setakat ini adalah 78 aksara,” katanya kepada BH Online.
Jasri berkata, selain pemberian nama yang membawa maksud tidak baik, nama yang panjang juga bakal memberi kesan kepada anak di masa hadapan.
“Ini menyusahkan anak mereka kelak khususnya ketika berurusan rasmi dengan agensi kerajaan kerana tidak semua jabatan menyediakan ruangan nama yang mencukupi seperti di JPN.
“Selain itu kasihan kepada anak yang mempunyai nama panjang kerana setiap kali musim peperiksaan orang lain sudah menjawab beberapa soalan, mereka masih sibuk mengisi nama di kertas soalan,” katanya.
Selain itu, nama yang mempunyai pangkat atau gelaran seperti Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Sri, Datuk Patinggi, Datuk Wira, Datuk Bentara Dalam dan Datuk Bentara turut dilarang. Diikuti jawatan, haji, imam, nabi, mufti, ketua menteri, gabenor, sarjan, laksamana, hakim atau permaisuri.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pencipta Piza Hawaiian Meninggal Dunia
Meninggal Dunia Kerana Nyanyi Lagu Nada Tinggi?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pedas Buttermilk Lambat Datang, Masih Berlagak
- SUMBER
- BH Online