Jual Durian RM1, Mahu Orang Kurang Mampu Dapat Merasa
Sekarang ni pergi ke mana saja pasti akan dapat lihat gerai menjual buah durian ditepi jalan. Bukan itu saja, dalam media sosial pun dibanjiri dengan gambar buah durian. Maklumlah, sekarang ni tengah musim, harga ditawarkan kali ini boleh tahan murah.
Namun tiada lagi yang mampu menjual durian ‘paling murah’ selain peniaga di Kulim, Kedah ini yang boleh menjual durian dengan harga serendah RM1 sebiji.
BACA: Cara Buat Aiskrim Durian Lemak Berkrim, Guna Blender Je
Tidak sampai 15 minit lori sampai di tapak gerai dan bakul durian diturunkan, habis semuanya direbut orang gara-gara harga viral yang dijual oleh peniaga tersebut.
Penjual durian Aizawati Abdul Latib, 34, berkata sejak durian kampungnya dijual dengan harga murah di Taman Mutiara, Sungai Kob mula tular di media sosial beberapa hari lalu, permintaan terhadap buah berduri itu semakin meningkat.
Menurut Aizawati, tujuannya menjual buah tersebut RM1 sebiji kerana mahu mereka yang kurang berkemampuan dapat merasa buah kegemaran ramai itu.
“Kami jual RM1 sebiji sebab buahnya jenis durian kampung yang bersaiz kecil, namun isinya tetap baik dan sedap serta dalam masa sama, mahu semua orang termasuk yang agak tidak berkemampuan dapat merasa durian yang baik.
“Orang berebut sebab kami jual tak banyak dan jumlah durian RM1 bergantung kepada berapa banyak yang kami dapat daripada pembekal di Balik Pulau, Pulau Pinang,” katanya lagi seperti dipetik daripada The Malay Mail.
Aizawati berkata setiap hari dia akan menjual empat bakul besar dengan anggaran 70 biji durian satu bakul, termasuk durian jenis lain yang dijual sekitar RM 3 hingga RM35 sekilogram.
Lebih menarik perhatian ramai, Aizawati juga turut memberi jaminan dimana pembeli boleh datang menukar durian baharu sekiranya buah yang dibeli pada mulanya tidak elok.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pizza Cempedak & Durian Pulak Sekarang, Kini Di Penang!
Sanggup Tunggu Dua Jam Nak Beli Durian RM5 Sekilo
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Berpeluh Kepedasan Layan Nasi Kukus Malaya
- SUMBER
- The Malay Mail Online