Jual Nasi Bajet Serendah RM3 Sebab Kesian
Bukan mudah untuk mengekalkan harga makanan murah di zaman yang serba mahal ini, namun seorang peniaga di Marang, Terengganu ini, masih mampu menjual nasi bajet serendah RM3 sahaja.
Terkenal dengan masakan Minang, Dina Mardiana Syukur, 32, yang juga merupakan ibu kepada dua anak itu mula menjalankan perniagaannya bersama adik lelakinya di pasar-pasar malam dan melalui tempahan sejak dua tahun lalu.
BACA: Jual Nasi Ayam RM1, Bantu Golongan Kurang Mampu
Menurut Dina, dia mengambil inisiatif menjual nasi bajet untuk membantu golongan pendapatan rendah menikmati hidangan enak. Bagi set nasi bajet, pelanggan boleh memilih beberapa lauk seperti daging masak kicap, ayam goreng berempah, keli dan terung berlada serta pelbagai lagi lauk selera orang Minang.
“Tarikan utama adalah harga nasi set bajet ini serendah RM3 dan saya jual dengan harga ini sebab kesian kepada yang berpendapatan rendah serta pelajar yang tiada bajet besar untuk makan,” katanya di sini, hari ini.
“Pelanggan boleh pilih satu daripada lauk ini dan sayuran yang disukai dengan harga serendah RM3 sahaja dan setakat ini sambutan menggalakkan,” katanya kepada Sinar Harian.
Bekas penyelia di sebuah pasar raya di Kajang itu memberitahu, dia ada menyimpan hasrat untuk membuka kedai makan namun terpaksa amun hasrat itu perlu ditangguhkan terlebih dahulu kerana kekurangan modal
“Buat masa ini saya masih belum memiliki kedai makan sendiri dan hanya menjalankan perniagaan secara bergerak termasuk terima tempahan pelanggan dari rumah saja.
Bagaimanapun, mereka beroperasi secara tetap di pasar malam sekitar daerah ini dan Kuala Terengganu antaranya di Pengadang Baharu dan menerima pesanan melalui talian 011 1118 4600.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍
- SUMBER
- Sinar Harian