Jual Sandwich, Gadis Lampu Isyarat Jadi Perhatian
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini ramai yang sanggup bekerja apa saja dan bekerja lebih masa untuk menampung perbelanjaan diri.
Malah, para graduan lepasan universiti juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan dalam keadaan sebegini. Seorang gadis menjual sandwich di lampu isyarat dilihat bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki hingga mendapat perhatian warga laman sosial.
BACA: Menteri: Tahun 2020 Tiada Warung Tepi Jalan
Menurut Shamsul Abas, dia melihat gadis muda itu menjual sandwich di persimpangan lampu isyarat Ukay Perdana dan Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2).
Gadis itu dilihat pada waktu pagi ketika trafik sesak di bahagian lampu isyarat kawasan berkenaan sambil menjual sandwich telur, tuna dan sardin.
Kegigihan gadis tersebut disokong oleh Shamsul dan menjadi motivasi untuk orang di luar sana berusaha dengan cara yang betul untuk mencari rezeki.
“Hendak beribu daya. Belajar melalui Youtube juga boleh menjadikan anda kaya. Bagaimanapun, gadis ini memilih untuk berniaga yang kita biasa lihat dipelopori lelaki,” tambahnya.
Selain itu, ramai warga laman sosial memberi komen yang positif mengenai tindakan gadis tersebut yang berdikari untuk mencari wang sendiri dan ada yang menasihatinya supaya keselamatan harus dijaga.
Idea menjual makanan di lampu isyarat memudahkan orang ramai yang sibuk kerana mereka dapat bersarapan sambil menuju ke tempat kerja. Semoga gadis ini berjaya pada suatu hari nanti dengan usahanya yang gigih bekerja.
ARTIKEL BERKAITAN:
Apam Telur Goyang RM1 Kini Laku Gila!
Datang Pulau Pinang, Kena Singgah Muzium Makanan Ini
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan Sotong Besar Penumbuk Kat Nasi Lan Kedah?
- SUMBER
- MSTAR