Jual Telur Masin Mampu Jana Pendapatan RM12,000 Sebulan
Siapa sangka lelaki ini berjaya keluar dari kepompong kemiskinan dengan hanya menjual telur itik yang diusahakan sejak 5 tahun lalu. Atas kerja keras dan berkat usahanya selama ini, lelaki ini mampu mendapat pulangan sehingga 5 angka setiap bulan.
Dengan bantuan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), peniaga telur itik, Che Hassan Che Mud, 59 membuktikan dia juga boleh berjaya apabila meraih pendapatan RM12,000 sebulan.
BACA: Jana RM18,000 Sebulan Hanya Jual Keropok
Menurut Che Hassan, sebelum menyetai program yang dikelolakan oleh Mardi itu, pendapatan bulanannya sekitar RM600. Namun, segalanya berubah apabila dia mengusahakan ternakan itik telur sejak tahun 2013 lagi.
“Peringkat awal saya hanya menternak 50 ekor itik dan memproses telur masin kepada penduduk sekitar kampung.
“Hasil bimbingan Mardi, selepas itu saya telah menambah jumlah ternakan itik menjadi 100 ekor,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya lagi, apabila dia melihat peniagaannya mempunyai potensi yang baik, dia nekad menambah bilangan ternakan itik selepas mendapat permintaan tinggi daripada peraih dan penduduk setempat.
Diharap kisah Che Hassan ini menjadi inspirasi buat mereka diluar sana untuk berjaya. Tapi pasti ramai yang tidak sangka dengan hanya menjual telur itik mampu menjana keuntungan berlipat ganda.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer? 😱 😱 😱
- SUMBER
- Sinar Harian