Kadar Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang Turun Kepada RM7
Berita baik buat penduduk Pulau Pinang atau mereka yang gemar ke negeri itu, kadar tol kereta persendirian di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7 bermula pada 12.01 tengah malam tadi.
Itu menjadikan kadar Jambatan Kedua Pulau pinang itu sama dengan Jambatan Pulau Pinang.
BACA: Inikah Punca Orang Pulau Pinang Tinggalkan George Town?
Penyeragaman harga tersebut selaras dengan pengumuman Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada 11 Oktober lalu.
Dalan pada itu, penurunan harga tol itu dapat mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang dan pengguna beralih menggunakan JSAHMS.
Inisiatif tersebut mendapat reaksi positf penggua kerana ia dapat mengurangkan kos berikutan kadar tol yang di kenakan sama dengan jambatan pertama.