Dalam banyak-banyak minuman bubble tea, sudah tentunya minuman Brown sugar milk tea antara yang menjadi fenomena dan kegemaran ramai.

Tetapi mungkin selepas ini anda perlu kurangkan minuman tersebut kerana brown sugar milk tea merupakan paling bahaya di kalangan minuman bubble tea.

BACA: Bubble Tea 2 Kali Ganda Tinggi Gula Berbanding Coke!

Umum mengetahui teh antara minuman sihat sebagai contoh teh hitam dan teh hijau mampu mengurangkan risiko kanser, penyakit kardiovaskular, dan diabetes.

Tetapi apabila susu dan krim bersama boba di tambah di dalam minuman, ia menunjukkan kesan sebaliknya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan Mount Alvernia Hospital, minuman brown sugar milk tea antara paling tinggi kandungan gula iaitu sebanyak 18.5 sudu teh gula.

Belum lagi, boba yang anda tambah pada minuman sekaligus menambahkan lagi kandungan gula dalam minuman anda kerana dalam pembuatan boba ianya juga turut mengandungi gula.

Malah kajian turut menyarankan agar mengurangkan pengambilan minuman tersebut dengan hanya dua cawan seminggu sahaja.

Rasanya pasti semua tahu bahawa minuman bubble tea dua kali tinggi gula daripada minuman Coke.

ARTIKEL BERKAITAN:
Coca-Cola Bakal Perkenal Minuman Alkohol Tak Lama Lagi
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?