Kajian: Buat Kerja Rumah Boleh Kekalkan Otak Sentiasa Muda
Siapa yang suka buat kerja rumah ini sememangnya perkhabaran gembira untuk anda. Bukan sahaja tubuh sihat, tetapi kajian mendedahkan melakukan kerja rumah boleh mengekalkan otak yang muda.
Lebih menarik, tidak perlukan masa yang lama untuk melakukan kerja rumah. Walaupun hanya sekadar satu atau dua minit sahaja sudah boleh mendapat manfaat tersebut.
BACA: Kajian: Semakin Besar Perut, Semakin Kecil ‘Otak’
Menurut Dr Nicole Spartarno, pengkaji dari Boston Universiti, hasil kajian mereka tidak merendahkan aktiviti fizikal yang sederhana atau berat.
“Kami hanya menambah penemuan sains, aktiviti fizikal intensiti ringan juga penting, terutamanya untuk perkembangan otak,” katanya.
Apa lagi, lepas ni boleh la suami-suami semua turut sama membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram