Kajian: Ibu Bapa Ketagih Gajet, Anak Perangai Buruk
Perkembangan teknologi masa kini sudah semakin pesat, hampir setiap orang memiliki telefon pintar dan kemungkinan besar aktif di media sosial lebih dari satu.
Tapi apa yang perlu diperhatikan bagi para ibu bapa ialah menghabiskan masa dengan gajet mampu beri kesan buruk pada anak.
BACA: Kajian: Najis Bayi Mampu Lawan Penyakit, Kuruskan Badan
Kajian terbaru oleh University of Michigan di C.S Mott Children ‘s Hospital mendapati, tingkah laku anak yang buruk berkait rapat dengan masa yang dihabiskan oleh ibu bapa pada gajet.
Kajian melibatkan 170 ibu bapa di Amerika ditanya mengenai berapa lama mereka menggunakan telefon pintar dan kesan kominikasi bersama anak-anak.
Para ayah dan ibu ini kemudian diminta menilai dan mengukur berapa kerap anak merengek dan merajuk, dan mungkin mempunyai tingkah laku negatif lain seperti hiperaktif dan sering marah.
Penyelidik mendapati bahawa penggunaan gajet berlebih oleh ibu bapa memberi kesan pada tingkah laku kanak-kanak yang kurang baik.
Salah satu sebabnya adalah anak kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa, anak-anak merasa tersisihkan. Interaksi dengan anak pun jadi berkurangan dan tidak terjalin dengan baik.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉
- SUMBER
- Global News