Ini mungkin pendedahan mengejutkan dimana Malaysia merupakan negara dengan jualan rokok haram paling tinggi di dunia. Menurut kajian Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia, sebanyak 58.9% rokok yang dijual di negara ini adalah haram.

Pengarah Urusan JTI Malaysia Commac O’Rourke berkata, jualan rokok haram mencecah 12 bilion batang pada 2018, meningkat 3.3% berbanding tahun 2017.

BACA: Harga Rokok Meningkat 10 Peratus, Rokok Haram Berleluasa

Kajian Rokok Haram 2018 menunjukkan sejumlah 153,000 pek rokok dibuang ke jalanan dan tong sampah seluruh negara sepanjang tahun. Kajian dianalisis menerusi setem cukai tempatan dan pembungkusan tulen.

Kajian mendapati jualan rokok haram paling berleluasa di Sabah, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Terengganu, dimana 80% pek rokok dari kawasan ini adalah rokok haram.

Dalam pada itu, JT International Bhd (JTI) mencadangkan penangguhan eksais cukai ke atas harga rokok oleh kerajaan untuk tiga tahun akan datang, sebagai langkah utama untuk menangani penjualan rokok haram.

Penjualan rokok haram perlu ditangani dengan segera memandangkan Malaysia akan kehilangan sehingga RM5 bilion dalam pendapatan cukai yang tidak dikutip setahun.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang