Kajian: Makan Aiskrim Waktu Pagi Buat Anda Bijak
Rakyat Malaysia memang gemar makan aiskrim, lihat saja berapa banyak kafe dessert yang banyak didapati terutama di kawasan Lembah Klang. Biasanya mesti anda suka makan aiskrim pada waktu petang dan malam bukan? Tahukah anda kalau anda makan aiskrim di waktu pagi akan membuatkan anda bijak?
BACA: Aiskrim Perisa Maggi Kari Kini Di Jerman
Walaupun ia kedengaran agak pelik dan tak masuk akal, tetapi kajian saintis dari Tel Aviv University menunjukkan memakan makanan manis di waktu pagi menambah kecerdasan otak, lapor Dailymail UK.
Malah, seorang saintis dari Jepun mendapati sesiapa yang makan aiskrim selepas bangun tidur membantu mereka untuk jadi lebih bijak.
Di samping itu, ia juga dapat membantu mood anda untuk berasa lebih gembira, tenang dan bertambah positif untuk memulakan hari anda.
Sebab itu, ramai yang mengesyorkan untuk makan aiskrim jika berasa sedih kerana ia membantu menghilangkan kesedihan anda.
Selain itu, terdapat satu lagi kajian mendapati aiskrim dapat menurunkan berat badan jika dimakan pada waktu pagi. Biar betul?
Aiskrim bukan sahaja dapat mencerdaskan minda, tetapi ia juga bertindak melancarkan sistem pencernaan anda. Siap sedia untuk ke tandas jika anda sudah habis makan aiskrim.
Nampaknya aiskrim juga mempunyai banyak kelebihan yang kita tidak tahu. Boleh la beli stok aiskrim lebih lepas ni untuk makan di waktu pagi.
ARTIKEL BERKAITAN:
Iklan Aiskrim Viral Indonesia Kembali Lagi!
Durian McFlurry Tarik Diri, Jumpa Lagi Tahun Depan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kena Baling Dengan Keropok?
- SUMBER
- DAILYMAIL