Kajian: Makan Ayam Tingkatkan Risiko Kanser
Dalam banyak-banyak jenis daging boleh dikatakan daging ayam antara menjadi pilihan dan kegemaran ramai. Malah, ada yang menjadikan ayam sebagai menu untuk diet.
Bagaimanapun, kajian ini mungkin akan mengejutkan anda dimana penyelidik daripada Universiti Oxford di England mendedahkan memakan ayam boleh menyebabkan peningkatan risiko.
BACA: KFC Bakal Perkenal Kepak Ayam, Nugget Berasaskan ‘Sayur-Sayuran’
Menurut kajian itu lagi, ia meningkatkan sejenis kanser darah yang jarang berlaku, ‘non-Hodgkin’s lymphoma’ serta kanser prostat dalam kalangan lelaki.
Berdasar kajian dilakukan ke atas 475,000 warga Britain pertengahan umur dalam tempoh lapan tahun antara tahun 2006 hingga 2014.
Para penyelidik menganalisis pemakanan serta penyakit yang dihidapi peserta. Hasil kajian itu mendapati kira-kira 23,000 orang disahkan menghidap kanser.
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Epidemiology and Community Health itu merupakan ‘association study’, ini bermakna kajian hanya menunjukkan hubung kait antara memakan ayam dan jenis kanser tertentu berbanding menyiasat punca ia terjadi.
Bagamanapun, kajian itu memberitahu terdapat beberapa faktor boleh menyebabkan kaitan tersebut antaranya ayam itu sendiri mengandungi karsinogen atau bagaimana ia dimasak.
Sehingga kini, ayam dianggap alternatif sihat berbanding daging merah yang diketahui meningkatkan risiko kesihatan termasuk kanser payudara, prostat dan kolorektal berikutan bagaimana darah dari produk daging itu dicerna.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Sinar Harian