Kajian: Rakyat Malaysia Perlu Sebulan Gaji Beli iPhone 11
Pasti ramai yang teruja dengan pelancaran iPhone 11 yang baru saja diperkenalkan. Apa yang pasti ada diantara anda merancang untuk menukar telefon pintar baharu anda. Tapi cukup ke bajet nak beli?
Difahamkan, harga ditawarkan untuk iPhone 11 bermula dari RM3,399, untuk iPhone 11 Pro dari RM4,899 manakala iPhone 11 Pro Max dari RM5,299 sahaja.
BACA: Bapa Maut Dikapak Anak Kerana Terpijak iPhone
Untuk pengetahuan anda, purata rakyat Malaysia memerlukan sebulan gaji bagi membeli iPhone 11 Pro yang dilancarkan baru-baru ini.
Menurut Picodi, iPhone Pro berharga RM4,899 dengan kapasiti 64GB mampu dibeli warga Singapura dengan gaji lapan hari bekerja.
Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Firma e-dagang itu mendapati, 4.8 hari memadai bagi warga Switzerland membeli telefon berkenaan diikuti Amerika Syarikat 5.8 hari.
Mexico berada di kedudukan paling bawah apabila purata rakyatnya perlu bekerja 54.2 hari diikuti Montenegro (48.5 hari), Rusia (47 hari) dan Hungary (35.1 hari) untuk membeli iPhone 11.
Menurut statistik yang dikeluarkan baru-baru ini, purata gaji rakyat Malaysia sebulan ialah RM3,421.96. Tahun lalu, purata rakyat Malaysia terpaksa bekerja selama 41.3 hari untuk membeli model iPhone terbaru dengan purata gaji RM2,880 sebulan.
Agak-agak mampu ke nak korbankan gaji sebulan untuk dapatkan iPhone idaman anda?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram