Kajian: Terengganu Paling Ramai Genius
Selain terkenal dengan keindahan pantai dan keunikan loghat bahasanya, Terengganu juga turut dikenali dengan tahap kecemerlangan akademik pelajar apabila sering kali menduduki tempat pertama dalam peperiksaan awam di Malaysia.
BACA: Viral Punya Pasal, 1 Hari 1 Tan Udang Celup Tepung Terjual
Malah mengikut ujian penentu indeks genius peringkat satu yang dijalan oleh Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati seramai 1,128 orang daripada 55,035 orang yang mengambil ujian tersebut berjaya untuk ke peringkat seterusnya.
Ujian yang dikenali sebagai Ujian Universiti Kebangaan Malaysia (UKM) 1 turut mempunyai bahagian kedua yang juga dikenali sebagai Ujian UKM 2.
Menurut Pengarah Pusat PERMATA Negara, Prof. Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, data tersebut mengumpul data pelajar berkenaan struktur demografi dan juga latar belakang keluarga.
“Sudah beberapa tahun negeri itu mendominasi statistik pelajar genius paling ramai dan ia konsisten bagi tiga tahun kebelakangan ini termasuk pengambilan pada tahun ini,” ujar beliau ketika ditemui Harian Metro.
Makanan Bukan Sebab Orang Terengganu Ramai Genius
Sebelum ini beberapa orang pakar dan pensyarah membuat andaian bahawa amalan memakan ikan segar oleh masyarakat Terengganu adalah faktor penyebab ramainya genius daripada Terengganu.
Namun begitu menurut Dr Noriah, setakat ini masih belum ada lagi kajian yang menyokong andaian tersebut disebabkan faktor pemakanan ikan laut yang segar dan tinggi kandungan protein.
“Rata-rata pakar dan pensyarah membuat andaian, amalan pemakanan mereka yang memakan ikan segar dikatakan faktor utama selain daripada genetik dan persekitaran,” katanya.
VIDEO: Apa Benda Yang ‘Merecik’ Sangat Ni? 🤔
- SUMBER
- Harian Metro