Kajian: Tidur Awal Hidup Lebih Bahagia, Cepat Kaya
Orang dewasa disarankan untuk tidur selama 7 hingga 8 jam setiap hari. Jika tidur awal, anda akan bangun lebih cepat. Tapi ramai di antara anda yang susah sangat nak tidur awal dan tidur secara teratur.
Tidur awal akan membuatkan anda lebih bertenaga dan sentiasa kekal aktif di untuk melakukan aktiviti seharian.
Kajian terbaru mendedahkan, mereka yang tidur awal lebih bahagia dan cepat kaya. Kami senaraikan 3 kerbaikan jika anda tidur awal setiap hari.
1. Berat badan turun
Berjaga hingga lewat malam lebih cenderung makan hingga lewat malam. Apabila anda malam lewat malam, anda akan melewatkan sarapan. Akibatnya tenaga akan berkurangan dan cederung makan lebih banyak di siang hari.
2. Tidur lebih mudah
Kajian menunjukkan kebiasaan tidur lewat malam boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, waktu siang pula anda mudah mengantuk kerana tidak dapat tidur di malam hari, sekaligus mengalami tekanan.
3. Lebih produktif di siang hari
Tubuh kita tidak diprogramkan untuk berjaga hingga lewat malam. Dengan tidur lebih cepat, hidup anda lebih produktif dan mampu melakukan apa saja. Sekaligus, prestasi kerja anda meningkat. Mereka yang berjaya sentiasa tidur awal untuk memastikan keesokan harinya dilalui dengan baik.